【PAKEJ BANTUAN SEKTOR KESENIAN PULAU PINANG】

Welcome to Art Kepoh Forums 4. Dance & Theatre Events 【PAKEJ BANTUAN SEKTOR KESENIAN PULAU PINANG】

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #887 Reply
    ArtKepoh
    Keymaster
    #888 Reply
    ArtKepoh
    Keymaster

    【PAKEJ BANTUAN SEKTOR KESENIAN PULAU PINANG】
    YB YEOH SOON HIN
    EXCO PELANCONGAN, SENI, BUDAYA DAN WARISAN PULAU PINANG

    Negara Malaysia sedang berhadapan dengan situasi yang membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 28 April 2020.

    Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk mengawal penularan wabak ini, namum demikian masih berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19.

    Sektor kesenian di Pulau Pinang merupakan salah satu kumpulan yang terjejas oleh wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan kerana program-program dan aktiviti kesenian telah dibatalkan atau ditangguhkan.

    Beberapa program kesenian yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah ditangguhkan atau dibatalkan termasuk George Town Festival, George Town Heritage Celebration dan Art Penang.

    Terdapat juga beberapa program kesenian yang dianjurkan oleh pihak peribadi seperti Open Studio, Penang Youth Gender Equality Drama Competition, Penang International Wind Music Festival dan sebagainya juga terjejas.

    Wabak COVID-19 telah membantutkan sektor kesenian negeri dan menjejaskan pendapatan kumpulan artis secara drastik. Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani pandemik wabak COVID-19 serta pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk membantu artis-artis yang terkesan untuk meringankan beban mereka.

    Dengan suka citanya saya ingin mengumukan Pakej Bantuan Sektor Kesenian Pulau Pinang. Kami berharap pakej bantuan ini boleh mendapatkan kesan “sambil menyelam minum air”, iaitu memberi bantuan kepada artis Pulau Pinang, dan pada masa yang sama, memupukan pembanggunan kesenian di Pulau Pinang. Kami tidak ingin lihat bahawa pembangunan sektor kesenian di Pulau Pinang dihentikan kerana wabak Covid-19.

    Terdapat tiga (3) fasa di bawah Pakej Bantuan Sektor Kesenian Pulau Pinang:

    Fasa 1 (Tempoh Masa Penularan Wabak Covid-19):

    Matlamat: Dalam fasa ini, kumpulan kesenian atau artis individu digalakkan untuk menganjurkan program dan latihan kesenian seperti bengkel, sesi perbincangan, kelas-kelas secara on-line untuk meningkatkan tahap dan pengetahuan tentang bidang kesenian.

    Tindakan:
    Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang yang berjumlah RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu Sahaja) telah diilhamkan untuk menggalakkan kumpulan kesenian/artis individu untuk menganjurkan aktiviti dan program kesenian secara atas talian (online), memandangkan segala aktiviti dan program tidak dapat dianjurkan secara perhimpunan pada masa penularan wabak Covid-19.

    Kumpulan kesenian atau artis individu digalakkan untuk membuat peralihan daripada aktiviti/ program secara fizikal kepada aktiviti/ program secara maya yang berupaya mewujudkan ‘digital contents’. Aktiviti atau program kesenian adalah termasuk bengkel strategik pemasaran kesenian, kaedah persembahan, penciptaan skrip dan sebagainya. Selanjutnya, ‘digital contents’ tersebut akan dapat mempromosikan destinasi Pulau Pinang yang kaya dengan seni, budaya, warisan, muzik dan bakat.

    Facebook page “Show Penang” akan diwujudkan oleh Pejabat YB. Pengerusi
    Jawatankuasa MMK Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH)
    untuk mempromosikan program/ acara kesenian tempatan secara atas talian.

    Fasa 2 (Tempoh Masa Selepas Penularan Wabak Covid-19):

    Matlamat: Dalam fasa ini, pihak Kerajaan Negeri akan membantu persatuan kesenian tempatan membangunkan semula dengan beberapa kaedah termasuk meringankan kos operasi penganjuran program masing-masing.

    Tindakan:
    i. Subsidi dicadangkan bagi bayaran sewa Dewan Sri Pinang dan Auditorium KOMTAR kepada persatuan-persatuan kesenian yang ingin menganjurkan program/ acara kesenian secara perhimpunan atau fizikal.

    ii. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memulakan semula Sumbangan biasa bagi program kesenian secara perhimpunan atau fizikal selepas penularan wabak COVID-19.

    iii. Membeli tiket dari badan-badan kesenian untuk menggalakkan murid-murid sekolah menonton persembahan kesenian.

    iv. Dialog berkala antara pihak berkepentingan dalam industri kesenian tempatan dan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dianjurkan untuk pemulihan sektor kesenian.

    Fasa 3 (Tahun 2021):

    Matlamat: Dalam fasa ini, pihak Kerajaan Negeri akan menciptakan dan mempromosikan kandungan kesenian tempatan dan meningkatkan jualan tiket masing-masing. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak sebagai fasilitator untuk menyumbangkan kolaborasi antara persatuan kesenian atau artis individu dengan syarikat penerbangan, perhotelan, kawasan-kawasan tarikan pelancong, dan syarikat pemandu pelancongan tempatan dan sebagainya untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan persembahan persatuan kesenian dan artis individu.

    Tindakan:
    i. Memulakan semula program George Town Festival dan ArtPenang pada tahun 2021 secara besar-besaran supaya persatuan kesenian dan artis individu tempatan mendapatkan lebih banyak peluang persembahan serta peluang pekerjaan.

    ii. Membuka peluang kepada persatuan kesenian boleh membuat permohonan supaya menggunakan papan iklan LED yang dimiliki oleh Pejabat YB. Pengerusi Jawatankuasa MMK Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) untuk mempromosikan program/ acara kesenian masing-masing.

    iii. Mengutamakan persatuan-persatuan kesenian sebagai badan persembahan di program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    iv. Menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk ‘adopt’ persatuan-persatuan kesenian.

    ————————————————————————–

    Pengenalan Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang (Fasa 1):

    Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak sebagai fasilitator dalam merancakkan sektor kesenian Pulau Pinang. Oleh itu, Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang telah diilhamkan untuk menggalakkan kumpulan kesenian dan artis individu untuk menganjurkan aktiviti dan program kesenian secara atas talian (online), memandangkan segala aktiviti dan program tidak dapat dianjurkan secara perhimpunan pada masa penularan wabak Covid-19

    Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang yang berjumlah RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu Sahaja) yang akan memberi manfaat kepada artis-artis yang terjejas oleh wabak COVID-19 di Pulau Pinang.

    Syarat-syarat permohonan Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang adalah seperti berikut:

    (a) Permohon hendaklah terdiri daripada kumpulan kesenian atau artis individu daripada persatuan, pertubuhan, badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan sebagainya yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan Negeri;

    (b) Kumpulan kesenian atau artis individu hendaklah daripada Pulau Pinang sahaja;

    (c) Pemohon hendaklah menganjur program-program kesenian secara online;

    (d) Program yang akan dijalankan wajib disiarkan melalui Facebook page “Show! Penang” yang ditubuh oleh Pejabat MMK Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH). Program juga boleh disiarkan dalam platform online persendirian yang dimiliki oleh pemohon;

    (e) ​Surat permohonan bantuan sektor kesenian Pulau Pinang hendaklah ditujukan kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa MMK Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) untuk pertimbangan kelulusan;

    (f) Setiap permohonan bagi kumpulan artis hendaklah mengandungi objektif, konsep acara/program, anggaran perbelanjaan, sijil pendaftaran agensi/persatuan/pertubuhan,senarai nama ahli pertubuhan dan penyata bank;

    (g) Permohonan bagi artis individu hendaklah mengandungi objektif, konsep acara/ program, anggaran perbelanjaan, penyata Kad Pengenalan (MyKad);

    (h) Sijil penyertaan atau dokumen-dokumen yang berkaitan untuk membuktikan kelayakan untuk menganjur program kesenian;dan

    (i) Permohonan hanya boleh dibuat SEKALI (1) sahaja untuk penganjur yang sama.

    (j) Demi memaksimumkan bilangan kumpulan kesenian atau artis individu untuk Program Pemerkasaan Sektor Kesenian Pulau Pinang ini, jumlah maksimum peruntukan bagi setiap permohonan adalah RM3,000.00.

    Cara Memohon:
    Semua permohonan perlu dihantar kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa MMK. Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) secara emel: yeohsoonhin@penang.gov.my bermula 21 April 2020. Permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2020.

    Sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat MMK Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan di talian 04-6505133 atau En. Oong Ren Jie, Pegawai khas kepada YB Yeoh Soon Hin di talian 010-4038377 yang akan beroperasi mulai 21 April 2020 jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Tutup pada Sabtu & Ahad).

    Pejabat MMK Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan
    Emel: yeohsoonhin@penang.gov.my / yeohsoonhinoffice@gmail.com

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
Reply To: 【PAKEJ BANTUAN SEKTOR KESENIAN PULAU PINANG】
Your information: